MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan PDC telah mengambil alih Stadium Batu Kawan. Apakah perancangan masa hadapan untuk memajukan stadium ini? Sila huraikan program yang akan diadakan di Stadium Batu Kawan pada masa hadapan.
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
PDC pada 1 Mei 2014 telah mengambilalih pengurusan Stadium Batu Kawan daripada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan kini sedang dalam perancangan dan penelitian kepada aspek-aspek yang dapat memberi impak dan seterusnya menjana pendapatan kepada Kerajaan Negeri.

Bagi meneruskan kesinambungan penggunaan Stadium Batu Kawan, PDC telah melantik PDC Setia Urus Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pengurusan stadium, tempahan acara-acara dan perlawanan bola sepak. Seorang “Facilities Manager” juga telah dilantik pada 1 Ogos 2014 bagi meningkatkan lagi aspek pengurusan termasuk usaha-usaha promosi dan pemasaran yang lebih berkesan.

PDC juga telah melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan/audit secara terperinci ke atas peralatan mekanikal dan elektrikal, sivil dan struktur stadium, balapan (track) dan padang. Melalui kerja-kerja pemeriksaan / audit tersebut, PDC telah mengenalpasti kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf yang akan dibahagikan secara fasa.

Kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf untuk Fasa 1 adalah dijangka bermula pada 25 Oktober 2014 dan mengambil masa selama 3 bulan. Kerja-kerja tersebut adalah seperti berikut:-

i) Mengecat semula “railing” dan pagar keselamatan besi di kawasan
tempat duduk.
ii) Penyediaan dan pemasangan semula penutup longkang dan kerja-kerja
berkaitan.
iii) Membaiki lampu jalan dan menukar lampu yang hilang dan rosak
beserta kabel.
iv) Pemasangan papan tanda di dalam dan sekitar kawasan Stadium.
v) “Road Line & car park marking” dan kerja-kerja berkaitan di
kawasan tempat letak kereta.
vi) Pembaikan tiang gol dan menukar jaring.
vii) Pembaikan tandas di kaunter tiket utama dan gerai makan.
viii) Pembaikan sistem elektrik (servis HV & LV switch room).
ix) Pembaikan sistem mekanikal (air cond)
x) Selenggaraan gaganti dan peranti pelindung (recalibration).

Manakala kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf untuk Fasa 2 telah dibahagikan kepada 2 peringkat tender seperti berikut:-

i) Kerja-kerja lanskap iaitu pembaikan padang bola adalah dijangka
bermula pada 25 Oktober 2014 dan mengambil masa selama 3 bulan.
ii) Kerja-kerja Mekanikal & Elektrikal (M&E) iaitu pembaikan “Flood
Light, LED Score Board, PA System / Audio Visual” telah dipanggil
tender pada 20 Ogos 2014, ditutup pada 3 September 2014 dan kini
di peringkat kajian dan penilaian tender.

PDC juga sedang mengkaji mengenai keperluan kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf lain yang diperlukan oleh bakal pengguna Stadium di masa akan datang. Di samping itu PDC juga sedang meneliti semula keseluruhan pembangunan tapak Stadium supaya dapat menjana pendapatan untuk menampung kos operasi dan pengurusan Stadium.

Bagi tujuan memperluaskan kegunaan Stadium Batu Kawan, PDC akan meningkatkan lagi usaha-usaha promosi supaya Stadium Batu Kawan dan kawasan perkarangannya dapat dikekalkan penggunaannya secara optima sebagai stadium komuniti yang aktif dan dinamik untuk menggalakkan penyertaan masyarakat tempatan khususnya generasi muda. Antara aktiviti yang boleh dipromosikan termasuk Perlumbaan Sukan Bermotor seperti “Car Drift”, Go-Kart, Cub Prix, Mini Bike dan Pameran Auto, Acara-acara seperti Konsert Amal, Jom Heboh, Gempak Astro, Sukan-sukan Rekreasi seperti Paintball, Futsal, Kereta kawalan jauh, Kapalterbang dan Helikopter kawalan jauh, Sukan Rakyat serta Pasar Tani dan Pasar Malam.


Disediakan oleh : Pn. Sivakami a/p Muniandy (0194453079)
Disemak oleh : En. Mohd. Farulizam Bin Che Meh (0194817678)
Kembali