MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan (a) Sila senaraikan bilangan gelanggang futsal yang ada di seluruh Negeri Pulau Pinang mengikut daerah, pemilik dan lokasinya. (b) Apakah perkembangan terkini dengan pelaksanaan 1 KADUN 1 Futsal? (c) Nyatakan cabaran pembinaan gelanggang futsal serta usaha kerajaan dalam mempercepatkan proses pembinaan tersebut.
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
(a) (i)Bilangan gelangan futsal yang telah siap dibina oleh Kerajaan Negeri ialah sebanyak 10 buah gelanggang seperti di lampiran 'A'.

(ii) Bilangan gelanggang futsal dimiliki oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ialah 3 buah gelanggang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai(MPSP) memiliki sebuah gelanggang. Terdapat 7 gelanggang futsal dimiliki oleh pihak swasta dan 1 gelanggang futsal dibawah pengurusan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP). Lampiran 'B'.

(iii) Sebanyak 27 buah gelanggang Futsal 1 Malaysia (GF1M) telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri Pulau Pinang seperti di lampiran 'C'.

(b) Perkembangan terkini pelaksanaan 1 KADUN 1 Futsal bagi 17 KADUN yang telah dikenalpasti adalah seperti di lampiran 'D'.

(c) (i)Cabaran dalam pembinaan gelanggang futsal ialah ketiadaan tapak dan keperluan untuk membuat pengambilan tanah. Selain itu terdapat juga tapak yang dicadangkan tidak sesuai untuk pembinaan gelanggang dan akan melibatkan kos yang lebih tinggi jika pembinaan gelanggang dilaksanakan.

(ii)Antara usaha kerajaan negeri dalam mempercepatkan usaha pembinaan tersebut adalah melalui ADUN kawasan masing-masing yang membantu dalam mengenalpasti tapak yang sesuai di kawasan masing-masing. Selain itu, perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan(PBT) juga diadakan untuk mengenalpasti kawasan lapang PBT yang boleh digunakan sebagai tapak.
Kembali