MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Huraikan dan kemukakan dengan terperinci RFP oleh agensi kerajaan ke atas sea grass bed yang terletak di Kawasan Middle Bank dan Pulau Gazumbo, DTL. Adakah kerajaan berhasrat mengekalkan kawasan eko sistem sea grass bed tersebut?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Rumput laut (sea grass) memainkan peranan yang penting sebagai sumber makanan,'tempat tinggal, tempat pembiakan haiwan marin dan menstabilkan sedimen di samping menyumbang kepada penghasilan karbon organik. Sehingga kini, tidak ada 'Request For Proposal' (RFP )oleh agensi kerajaan ke atas 'sea grass bed' yang terletak berdekatan dengan kawasan Middle Bank dan Pulau Gazumbo. Kerajaan Negeri memang berhasrat untuk mengekalkan 'sea grass bed' ini.
Kembali