MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Datok Keramat (Y.B. Encik Lim Boo Chang) bertanya kepada Ketua Menteri: 10. Adakah kajian komprehensif dijalankan bagi sistem pengangkutan di Pulau Pinang? Jika ada, sila berikan nama-nama perunding, kos yang terlibat dan nyatakan sama ada kajian tersebut akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?
Dun -
Exco YB DATO' KOAY KAR HUAH
Perkara Pengangkutan Awam

Jawapan



YB DATO' KOAY KAR HUAH MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

10. Terdapat beberapa kajian-kajian yang telah dijalankan bagi mengatasi masalah pengangkutan di Negeri Pulau Pinang iaitu seperti berikut:

(i) Urban Transport Study in Greater Metropolitan Areas of Georgetown, Butterworth dan Bukit Mertajam oleh JICA pada tahun 1981. Kos kajian tidak dimaklumkan oleh JICA.

(ii) Kajian Pengangkutan Awam (Bas dan Teksi) Pulau Pinang oleh USM pada tahun 1994. Kos kajian RM250,000.00

(iii) Kajian Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang oleh Halcrow Consultants Sdn. Bhd. pada tahun 1997. Kos kajian RM1.6 juta.

(iv) Di samping itu, terdapat juga kajian-kajian yang telah dilaksanakan di peringkat Majlis Perbandaran seperti berikut:

(a) Kajian lalulintas Bandar Bukit Mertajam oleh USM pada tahun 1995. Kos kajian RM67,925.00

(b) Kajian lalulintas kawasan Perindustrian Perai oleh USM pada 1991. Kos kajian RM35,520.00

(c) Kajian lalulintas di persimpangan jalan utama di Seberang Perai oleh USM pada tahun 1997. Kos kajian RM127,349.00

Kerajaan Negeri telah meneliti perakuan/cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pakarunding kajian-kajian tersebut dari aspek implikasi kewangan, teknikal dan sosial bagi semua perakuan berkenaan. Pelaksanaan sesuatu perakuan/cadangan bergantung kepada kesesuaiannya daripada aspek kewangan, teknikal, sosial, masa pelaksanaan serta strategi pelaksanaan yang dicadangkan. Pada masa ini kedua-dua Majlis, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta JKR telah melaksanakan beberapa projek kecil seperti menaiktaraf persimpangan lampu isyarat di persimpangan jalan, meredakan lalulintas (traffic calming), menyediakan jalan sehala, lintas pejalan kaki berlampu isyarat dan sebagainya. Sebahagian daripada cadangan tersebut, terutamanya untuk jangka masa panjang memerlukan kajian lanjut sebelum dapat dilaksanakan.




Kembali