MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Huraikan dengan terperinci sumbangan bidang perindustrian, pelancongan , perkhidmatan swasta dan awam, perumahan dan kuari kepada ekonomi Negeri Pulau Pinang. Apakah strategi kerajaan mempertingkatkan GDP Negeri dan kesempatan pekerjaan untuk menjaga golongan tengah agar kualiti dipertingkatkan, terutamanya satu orang satu rumah tercapai dan rumah mampu milik mencukupi.
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Dalam bidang Perindustrian, pencapaian PDC pada suku ketiga 2014 berbanding suku pertama 2013 adalah menggalakkan dengan peningkatan nilai pelaburan berjumlah RM3.03 bilion berbanding RM0.78 bilion bagi tahun 2013. Dengan kehadiran syarikat asing (MNCs) telah memberi impak besar kepada peluang pekerjaan untuk faedah rakyat.
Pada suku ketiga tahun 2013, sejumlah 51 syarikat telah mengesahkan pembelian tanah industri dan menawarkan peluang pekerjaan berjumlah 3,978 jawatan pelbagai peringkat. Bagi tempoh yang sama tahun 2014, walaupun jumlah syarikat hanya 27 buah telah menawarkan peluang pekerjaan berjumlah 9,643 jawatan.
PDC sendiri telah menyusun strategi dan mengatur langkah merancang hala tuju baru dalam mempertingkatkan GDP negeri dengan membuka ruang kepada pelabur swasta samada tempatan atau luar negeri untuk menyumbang dalam pembangunan GDP negeri dengan mengemukakan kertas cadangan berbentuk RFP (Request For Proposal) dalam memastikan pembangunan Bandar Cassia, Batu Kawan menjadi Bandar satelit dengan fasiliti moden dan selamat.

PDC dan Invest Penang telah berjaya menarik beberapa pelabur MNC untuk membina fasiliti di Taman Perindustrian Batu Kawan seperti Sandisk Storage Malaysia, Penang Seagate Industries dan perkembangan perniagaan oleh Bose Systems Malaysia dengan jangkaan pelaburan melebihi RM1.0 bilion. Sehingga kini, beberapa rundingan masih diteruskan dengan syarikat-syarikat berteknologi tinggi yang terus memberi kepercayaan kepada PDC untuk memperuntukkan tanah di Batu Kawan. Beberapa projek Mega seperti Penang Designer Village, ASPEN (IKEA & Pembangunan Bercampur), ‘Affordable Homes Scheme’ dan Hub Pendidikan telah dikenalpasti untuk dibangunkan di Batu Kawan.
Dengan beberapa rundingan dan pengesahan daripada syarikat Multi Nasional akan memberi pendekatan baru dalam menangani isu pengangguran bagi golongan bawah dan tengah di Pulau Pinang.

Dalam memperkasa sektor pelancongan sedia ada, penambahbaikkan dengan membangunkan pelancongan inapdesa mampu menjana ekonomi negeri. Selain potensi program inapdesa, sektor hiliran yang boleh dikembangkan sejajar dengan perkembangan produk pelancongan juga memperoleh tempias ekonomi dari industri tersebut. Walau bagaimanapun, industri ini mempunyai ruang dan potensi untuk dikembangkan memandangkan kurangnya pemain dalam industri inapdesa ini.


Dalam bidang perumahan, Kerajaan Negeri melalui PDC merancang untuk membina sebanyak 22,575 unit perumahan mampu milik dan kos rendah di seluruh Negeri Pulau Pinang. Sejumlah 4,494 unit telah dikenalpasti untuk dibina di Bahagian Pulau manakala baki 18,081 unit akan dibina di Seberang Perai. Senarai projek adalah seperti di Lampiran A. Sektor perumahan merupakan sektor yang penting dalam pembangunan sesebuah negeri khususnya dalam sesebuah daerah, Pembangunan sesebuah kawasan seperti Bertam akan memacu pertumbuhan ekonomi setempat selain menggalakkan pembangunan dalam sektor perkhimdatan dan juga pembuatan. Ini kerana pewujudan kawasan-kawasan perumahan secara langsung akan mewujudkan permintaan terhadap sesuatu perkhidmatan dan lain-lain keperluan penduduk. Secara tidak langsung akan menjana sumber ekonomi baru dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
a. Disediakan oleh : Surentharan A/L Ramadas / 016-4571223
b. Disemak oleh : Mohd Farulizam Che Meh / 019-4817678
Kembali