MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan V. Ahli Kawasan Air Itam (Y.B. Encik Lye Siew Weng) bertanya kepada Ketua Menteri: 1. Mengenai janji Ketua Menteri untuk membina sebuah half-way house untuk menampung pesakit-pesakit yang mengidap sakit jiwa dan tiada rumah, bolehkah Y.A.B. Ketua Menteri memberitahu perkembangan projek itu setakat ini? Jika belum dilaksanakan, sila beri sebab-sebabnya. Adakah Kerajaan Negeri berpendapat bahawa projek ini tidak penting?
Dun -
Exco YB DATO' DR RAJAPATHY A/L KUPPUSAMY
Perkara Kesihatan

Jawapan


YB DATO'R RAJAPATHY A/L KUPPUSAMY MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

1. Kerajaan Negeri telah mengambil maklum mengenai cadangan menubuhkan sebuah Rumah Perantaraan kepada bekas-bekas pesakit jiwa. Untuk tujuan tersebut usaha telah dibuat untuk mencari sebuah kuarters Kerajaan yang sesuai di Daerah Timur Laut bagi tujuan ini.

Walau bagaimanapun adalah didapati bahawa bangunan lama Hospital Daerah Butterworth di Seberang Jaya lebih sesuai untuk projek ini. Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia telah dihubungi untuk mendapatkan pandangan dan kebenaran mereka terhadap cadangan untuk menempatkan Rumah Perantaraan di sebahagian bangunan lama Hospital Daerah Butterworth sebelum projek ini dapat diteruskan.


Kembali