MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Air Itam (Y.B. Encik Lye Siew Weng) bertanya kepada Ketua Menteri: 2. Sejak akhir ini kerap berlaku hujan lebat dan telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh. Selain kawasan ADUN Air Itam telahpun berlaku kejadian batu runtuh dari bukit di kaki bukit Bukit Bendera yang saiznya sebesar sebuah kereta. Kos terlibat dalam memindahkan batu tersebut adalah tinggi. Dalam belanjawan tahun 2000, adakah termasuk kos bagi penyelenggaraan di kaki-kaki bukit serta lereng bukit? Jika ada, berapakah jumlah peruntukan yang terlibat dan cara pembahagiannya mengikut Kawasan ADUN?
Dun -
Exco YB DATO' KOAY KAR HUAH
Perkara Tanah

Jawapan

YB DATO KAOY KAR HUAH MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

2. Skop penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya (JKR) hanya di atas rezab jalan yang telah diambil alih manakala yang diluar bidangkuasanya, JKR hanya terlibat atas permintaan. Pejabat Daerah Timur Laut tidak diberi peruntukan khas bagi maksud kerja-kerja penyelenggaraan di kaki bukit serta lereng bukit.

Kembali