MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Berapakah jumlah wang yang telah diperolehi Kerajaan Negeri dari penjualan tanah Bayan Mutiara sehingga kini? Berikan jadual pembayaran dan pematuhan pemaju keatasnya. Dari RM500 juta yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada PDC, berapakah jumlah yang sudah digunakan untuk membina rumah mampu milik dan dimana? Dimanakah baki wang tersebut disimpan? CATATAN: YB.DATO SERI SUK MOHON PUAN JADI KJAB (1) DAN PDC JADI KJAB (2) TK PTK(DUN) 27/10
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Harga jualan tanah Bayan Mutiara seluas 102.56 ekar yang ditandatangani pada 11 November 2011 adalah berjumlah RM1,072,203,264.00. Setakat ini sebanyak RM439,461,158.40 telah dibayar bagi projek Bayan Mutiara. Jadual pembayaran adalah seperti di Lampiran 1.

Daripada jumlah RM439.45 juta yang telah dikutip setakat ini, PDC sebagai Pengurus Projek telah kemukakan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM227.48 juta. Manakala RM188.91 juta hanya akan dibayar kepada Kerajaan Negeri apabila suratan hakmilik Parcel 3 diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Bakinya sebanyak 23.06 juta, yang merupakan 10% bayaran Parcel 4, akan dibayar kepada Kerajaan Negeri setelah suratan hakmilik bagi Parcel tersebut diluluskan kelak.

Daripada sejumlah RM227.48 juta yang diterima oleh Kerajaan Negeri, sejumlah RM64.35 juta adalah kos tanah manakala bakinya sejumlah RM163.13 juta adalah geran untuk projek-projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri di mana PDC adalah agensi pelaksananya.

Geran projek perumahan mampu milik ini adalah untuk seperti berikut:-

(a) Menampung kerugian projek-projek perumahan mampu milik; dan

(b) Menampung kurangan aliran tunai sementara menunggu kutipan bayaran berperingkat dibuat.

Daripada sejumlah RM163.13 juta yang diterima oleh PDC, sejumlah RM75.41 juta telah digunakan untuk menampung kurangan aliran tunai projek-projek perumahan mampu milik dan baki wang tersebut disimpan di PDC.
Kembali