MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Kem Tentera Divisyen 2 telah dikosongkan sejak beberapa tahun yang lalu. Apakah projek yang akan dijalankan dan siapakah pihak-pihak yang terlibat? Sila nyatakan status pemilikan tanah yang berkenaan.
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Kem Tentera Division 2 terletak di atas Lot 132 dan 133, Seksyen 14, George Town, Daerah Timur Laut. Kedua-dua lot ini pernah diluluskan pelan kebenaran merancang oleh MPPP pada tahun 2000 untuk pembangunan berikut:-

(a) Lot 132 - Satu komplek menara pejabat 23 tingkat dan dua menara 21 tingkat, beserta dua tingkat podium dan dua tingkat tempat letak kerera basemen.

(b) Lot 133 - Satu menara hotel 21 tingkat, dengan dua tingkat podium, dan dua tingkat tempat letak kereta basemen.

Sehingga kini tiada permohonan kebenaran merancang baru yang dikemukakan bagi kedua-kedua tanah tersebut.

Pemilik tanah semasa bagi kedua-dua lot ini ialah Runnymede Hotels Sdn. Bhd. Dimana ia pada asalnya didaftarkan atas nama Pesuruhanjaya Tanah Persekutuan.
Kembali