MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Selepas PDC mengambil alih bangunan tempat letak kenderaan bertingkat di KOMTAR pada Januari 2014, apakah tindakan yang telah diambil untuk menambahbaik fasiliti bangunan? (a) Berapakah kos yang dibelanja untuk kerja menambahbaik? (b) Berapakah kadar kegunaan dalam tempoh 1 tahun baru ini? CATATAN: YB.DATO SERI SUK MOHON PUAN JADI KJAB (1) DAN PDC JADI KJAB (2) TK PTK(DUN) 27/10
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Selepas mengambilalih bangunan tempat letak kenderaan bertingkat di KOMTAR pada bulan Januari 2014, PDC telah mengambil tindakan untuk menambahbaik fasiliti bangunan.
(i)Senarai kerja-kerja penambahbaikan dan kos adalah seperti di Lampiran A.
(ii)Tempat letak kereta ini beroperasi dari tingkat 1 hingga tingkat 5, dan mengandungi 288 petak tempat letak kereta dan 180 petak tempat letak motosikal. Purata kadar kegunaannya adalah seperti berikut:-
(a) Waktu pagi 80% penuh.
(b) Waktu tengahari hampir 100% penuh.
(c) Waktu petang (selepas waktu kerja) kurang dari 20% penuh.
Kembali