MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk memperbaiki kerosakan kepada rumah-rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Taman Sejahtera, Penaga? Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan membina rumah-rumah PPRT di Pulau Pinang termasuk DUN Penaga? YB.SUK MOHON TN JAWAB SOALAN INI. 4/11/14
Dun -
Exco
Perkara Projek Perumahan Rakyat

Jawapan
Pejabat Daerah Seberang Perai Utara(PDSPU) telah menerima peruntukan khas daripada Kerajaaan Negeri untuk tujuan memperbaiki kerosakan rumah-rumah di Taman Sejahtera, Penaga sebanyak RM3,945.00 pada tahun 2012.

Disebabkan PDSPU memandang serius terhadap permasalahan kerosakan rumah-rumah di Taman Sejahtera, Penaga itu maka telah membuat permohonan Bajet Pembangunan untuk tahun 2015 sebanyak RM200,000.00 kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang (UPEN) selaku penyelaras Bajet Pembangunan.

Untuk makluman, sehingga kini PDSPU tiada perancangan untuk membina baru Perumahan PPRT di Daerah Seberang Perai Utara.





Kembali