MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Huraikan kepentingannya, hasrat Kerajaan Negeri dan langkah-langkah penubuhan sistem Big Data Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang disokong oleh Y.A.B. Ketua Menteri.
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Kerajaan Negeri berpandangan perancangan dan pelaksanaan 'big data analytic' adalah penting bagi membantu Kerajaan Negeri mengenalpasti corak dan 'insight' baru daripada pelbagai sumber data/maklumat merentasi jabatan/agensi negeri. Ini seterusnya dapat membantu Kerajaan Negeri merangka strategi dan dasar serta membuat keputusan yang lebih cekap dan tepat demi manfaat pembangunan ekonomi dan keperluan rakyat negeri Pulau Pinang.

Sebagai permulaan, Seminar eKerajaan yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUKPP) pada 14 Oktober 2014 telah memberi fokus kepada pembentangan kertas dan perbincangan mengenai 'big data analytic'. Sesi perancangan Pelan Strategik ICT PSUKPP bagi tempoh 2016 sehingga 2020 telah dirancang pada pertengahan tahun 2015 akan memberi tumpuan kepada strategi perancangan dan pembangunan inisiatif 'big data analytic' di peringkat negeri. Perancangan inisiatif 'big data analytic' peringkat negeri amat bergantung kepada 'business case' yang dikenalpasti dan kesediaan data/maklumat yang berada di pelbagai jabatan/agensi negeri.

Disediakan oleh : Nuriannahar binti Mohamed (0194785157)

Disah / Diluluskan oleh : Dato' Haji Muhammad Yusoff bin Wazir
Kembali