MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Permatang Pasir (Y.B. Encik Mohd. Hamdan bin Abd. Rahman) bertanya kepada Ketua Menteri: 6. Berikan penjelasan secara terperinci mengenai peruntukan pembangunan yang disalurkan kepada Wakil Rakyat dan dalam bentuk apakah peruntukan tersebut dibuat dan adakah ianya juga meliputi Wakil Rakyat daripada kalangan parti pembangkang. Ketua Menteri: Soalan ini dijawab bersama dengan soalan No. 2 Y.B. ADUN Penanti 6. Kerajaan Negeri tiada menyediakan peruntukan khas kepada Ahli Yang Berhormat (ADUN) sebaliknya peruntukan yang disediakan ialah bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN). Peruntukan bagi setiap KADUN adalah seperti berikut: P17 – 02 ( Pembangunan) - RM 60,000.00 P17 – 03 (Bekalan) - RM 80,000.00 _________________________________________________ JUMLAH - RM 140,000.00 Peruntukan KADUN ini diagihkan di atas budi bicara kerajaan negeri dan diuruskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah. Kedua-dua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah memperuntukkan sejumlah RM300,000.00 bagi setiap KADUN untuk Projek Infrastruktur dan Kemudahan Awam bagi tahun 1998 dan 1999. MPPP dan MPSP juga mengadakan peruntukan bagi Kempen Kebersihan dan Anti-Nyamuk sebanyak RM200,000.00 setiap KADUN pada tahun 1999. Tiada peruntukan disediakan oleh Kerajaan Negeri atau MPPP dan MPSP untuk Ahli Parlimen.
Dun -
Exco YB DATO' HAJI AZHAR BIN IBRAHIM
Perkara ADUN

Jawapan

YB DATO' HAJIAZHAR BIN IBRAHIM MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

Soalan ini dijawab bersama dengan soalan No. 2 Y.B. ADUN Penanti

6. Kerajaan Negeri tiada menyediakan peruntukan khas kepada Ahli Yang Berhormat (ADUN) sebaliknya peruntukan yang disediakan ialah bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN). Peruntukan bagi setiap KADUN adalah seperti berikut:

P17 – 02 ( Pembangunan) - RM 60,000.00
P17 – 03 (Bekalan) - RM 80,000.00
_________________________________________________
JUMLAH - RM 140,000.00

Peruntukan KADUN ini diagihkan di atas budi bicara kerajaan negeri dan diuruskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah.

Kedua-dua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah memperuntukkan sejumlah RM300,000.00 bagi setiap KADUN untuk Projek Infrastruktur dan Kemudahan Awam bagi tahun 1998 dan 1999.

MPPP dan MPSP juga mengadakan peruntukan bagi Kempen Kebersihan dan Anti-Nyamuk sebanyak RM200,000.00 setiap KADUN pada tahun 1999.

Tiada peruntukan disediakan oleh Kerajaan Negeri atau MPPP dan MPSP untuk Ahli Parlimen.

Kembali