Jawapan
Ketua Menteri:
54. Fasa satu projek pengurusan lalulintas di Jalan Masjid Negeri yang melibatkan kerja-kerja pelebaran jalan dan peparitan serta pembinaan sebuah jejambat jenis Autopont di persimpangan Jalan Masjid Negeri/Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim sedang di jalankan.
Tujuan Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk melaksanakan projek ini adalah untuk melegakan kesesakan lalulintas dan meningkatkan keselamatan jalan raya di kawasan Jalan Masjid Negeri.
MPPP telah menangguhkan perlaksanaan fasa dua projek berkenaan yang melibatkan pembinaan jejambat Autopont di persimpangan Jalan Masjid Negeri/Jalan Delima untuk memberi pertimbangan kepada aduan-aduan yang dikemukakan oleh penduduk kawasan Island Glades.
Pihak MPPP juga telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak Jawatankuasa Bertindak penduduk-penduduk tempatan untuk mendengar pandangan mereka mengenai projek tersebut. Segala pandangan/cadangan telah diambil maklum dan seterusnya akan dikaji dan dilaksanakan jika didapati sesuai.