MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
06/11/2015 09:30:00 AM
Soalan (a) apakah status dan manfaat yang boleh didapati daripada “friendship cities atau sister cities agreement” dengan negeri dari negara asing? (b) bolehkah kerajaan negeri senaraikan nama negara asing yang sudah menandatangan perjanjian menjadi “friendship cities atau sister cities”? (c) bolehkah kerajaan seneraikan hasil dan manfaat yang telah diperolehi negeri pulau pinang dari perjanjian-perjanjian tersebut?
Dun -
Exco
Perkara -

Jawapan
Hubungan yang dimeterai oleh Kerajaan Negeri dan negara asing melalui Perjanjian Friendship Cities dan Sister Cities adalah aktif. Secara ringkasnya diantara hasil dan manfaat yang diperolehi Kerjaaan Negeri daripada perjanjian yang dimeterai oleh kedua-dua pihak adalah terhadap sektor pelancongan, perancangan infrastruktur bandar, pendidikan, teknologi, kebudayaan, industri dan sebagainya. Status dan manfaat secara terperinci bagi setiap hubungan yang terjalin adalah seperti di Lampiran A.
Secara keseluruhananya terdapat empat Perjanjian Sister Cities dan sembilan Perjanjian Friendship Cities yang telah ditandatangani oleh Kerajaan melalui kedua-dua PBT seperti berikut:-
(A) Perjanjian dan tarikh dan kuatkuasa Sister Cities oleh MBPP dan MPSP
1. Adelaide, Australia 8 Disember 1973 oleh MBPP
2. Medan, Indonesia 10 Oktober 1984 oleh MBPP
3. Xiamen, China 10 November 1993 oleh MBPP
4. Bandar Fremantle, Australia tahun 1978 oleh MPSP

(B) Perjanjian dan tarikh kuatkuaa Friendship Cities oleh MBPP dan MPSP
1 Taipei, Taiwan 28 Mac 2011 oleh MBPP
2. Kaohsuing, Taiwan 29 Mac 2011 oleh MBPP
3. Bangkok, Thailand 5 April 2012 oleh MBPP
4. Yogjakarta, Indonesia 12 November 2012 oleh MBPP
5. Changwon, Korea 20 November 2012 oleh MBPP
6. Phuket, Thailand 18 September 2014 oleh MBPP
7. Bandar Metropolitan Gwangju, Korea 17 Mei 2013 oleh MPSP
8. Bandar Metropolitan Seoul, Korea (Friendship City) 9 April 2015 oleh MPSP
9. City Of Yokohama, Japan (Friendship City) 20 Oktober 2015 oleh MPSP
Kembali