MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Bukit Tengah (Y.B. Dato’ Liang Thau Sang) bertanya kepada Ketua Menteri: 16. Apakah program/aktiviti/kegiatan/majlis yang berkaitan dengan kebajikan dan masyarakat dianjurkan atau diadakan oleh pihak Kerajaan Negeri di KADUN Bukit Tengah?
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara ADUN

Jawapan


Ketua Menteri:


16. Beberapa program/aktiviti/kegiatan serta majlis yang berkaitan dengan kebajikan telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri di Daerah Seberang Perai Tengah. Di antaranya ialah:-

- Majlis Sambutan Hari Wargatua.
- Majlis Penyampaian Bantuan Sekolah dan Basikal.
- Seminar Program Jalinan Kasih.
- Program Pemulihan Dalam Komuniti.
- Penubuhan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini telah melibatkan pelbagai lapisan anggota masyarakat di Daerah Seberang Perai Tengah yang mengandungi 4 KADUN termasuklah juga KADUN Bukit Tengah.



Kembali