MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Penanti (Tuan Haji Daud bin Taha) bertanya kepada Ketua Menteri: 15. Pembinaan Kompleks Pejabat Daerah seperti di Kepala Batas dan di Bukit Mertajam perlu mendapat kepujian. Bilakah kompleks sedemikian di bina di daerah lain?
Dun -
Exco KETUA MENTERI
Perkara Pembangunan

Jawapan

Ketua Menteri:

15. Pada masa ini tiga daripada lima pejabat daerah di Pulau Pinang iaitu, Pejabat Daerah Barat Daya, Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan pejabat Daerah Seberang Perai Utara(SPU) menduduki bangunan yang baru yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Keenam. Pembinaan bangunan baru untuk Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan telah diluluskan oleh Unit Perancangan Ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh dengan menggunakan rekabentuk yang sama dengan pejabat daerah sedia ada dengan sedikit pengubahsuaian. Pembinaan bangunan baru untuk Pejabat Daerah Timur Laut masih dalam peringkat pertimbangan dan perancangan.


Kembali