MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Penanti (Tuan Haji Daud bin Taha) bertanya kepada Ketua Menteri: 16. Apakah ada rancangan kerajaan membina kompleks Jabatan Agama Islam di setiap daerah? Jika ada, bilakah ia akan dibina dan sebutkan lokasinya?
Dun -
Exco KETUA MENTERI
Perkara Pembangunan

Jawapan

Ketua Menteri:

16. Pada masa ini tiada rancangan untuk membina Kompleks Jabatan Agama di setiap daerah. Hanya Daerah Timur Laut yang belum mempunyai bangunan pejabat sendiri sedangkan daerah lain telah mempunyai bangunan Pejabat Agama Daerah masing-masing yang dibina oleh Kerajaan.

Kembali