MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (Puan Jahara bt. Hamid) bertanya kepada Ketua Menteri: 3. Berapa banyakkah wang dan harta Baitulmal di Negeri Pulau Pinang? Apakah yang dibuat dengan wang dan harta tersebut?
Dun -
Exco TIMBALAN KETUA MENTERI
Perkara Hal Ehwal Agama Islam

Jawapan

Timbalan Ketua Menteri:

3. Wang dan harta Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berdasarkan Penyata Kewangan Tahun 1996 adalah seperti berikut:-

Harta/Aset Semasa - RM1,273,462.00
Wang Dalam Akaun Semasa - RM 834,837.00
Wang Dalam Akaun Pelaburan - RM 5,442,215.00


Kebanyakan harta dan wang Baitulmal adalah untuk kegunaan urusan Pentadbiran Majlis Agama Islam. Terdapat juga sejumlah wang yang dilaburkan dalam Akaun Pelaburan Al-Mudharabah di beberapa institusi kewangan tempatan yang memberikan kadar pulangan yang memuaskan. Hasil pulangan dari pelaburan berkenaan akan disalurkan kepada unit-unit yang berkenaan di Baitulmal untuk tujuan perbelanjaan dan agihan sepertimana yang diluluskan dalam Anggaran Belanjawan Tahunan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Kembali