MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Sungai Dua (Y.B. Encik Jasmin bin Mohamed) bertanya kepada Ketua Menteri: 66. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil Kerajaan untuk mengekalkan tanah-tanah pertanian di negeri ini?
Dun -
Exco DATO' HJ.AZHAR BIN IBRAHIM
Perkara Tanah

Jawapan

Tuan Haji Azhar Ibrahim:

66. Langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan untuk mengekalkan tanah-tanah pertanian di negeri ini adalah seperti:

(i) Di dalam proses permohonan tukar syarat tanah, jabatan/agensi pertanian yang berkaitan seperti Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran dan IADP diminta untuk mengemukakan ulasan dan pandangan jabatan masing-masing di dalam menentukan kelulusan sesuatu permohonan berkenaan;

(ii) Jabatan-jabatan pertanian seperti Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Pengairan dan Saliran, IADP, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan Negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telahpun mengemukakan ulasan dan pandangan masing-masing mengenai usaha ke arah mengekalkan tanah pertanian untuk dimasukkan di dalam Rancangan Struktur MPPP/MPSP (Pengubahan) yang sedang digubal oleh Pasukan Kajian Jabatan Perancang Bandar dan Desa; dan

(iii) Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri telah menyediakan Pemetaan Kawasan Pertanian “Agriculture Mapping” untuk diselaraskan di dalam Rancangan Struktur MPPP/MPSP (Pengubahan) yang sedang disediakan; dan

(iv) Kawasan-kawasan tanah terbiar telah, sedang dan akan terus diusahakan dengan tanaman-tanaman lain seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dengan bantuan khidmat nasihat dan bantuan-bantuan tertentu oleh jabatan/agensi pertanian yang berkenaan.


Kembali