Ahli Kawasan Kampong Kolam (Y.B. Encik Lim Gim Soon) bertanya kepada Ketua Menteri:
2. Adakah Y.A.B. Ketua Menteri sedar tentang masalah kesesakan lalulintas di bandar Georgetown yang semakin serius? Apakah langkah dan tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengatasinya? Bilakah Jelutong Expressway akan benar-benar disiapkan?
daripada ADUN: AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA (YB. DR. TENG HOCK NAN) (0 paparan)Lihat
Berapakah kes-kes denggi dan malaria mengikut KADUN dan nyatakan jumlah kes dan punca-punca di setiap KADUN?
daripada ADUN: YB. DATO HAJI MOHD. SALLEH BIN MAN (0 paparan)Lihat
Terdapat pemilik-pemilik rumah kos rendah yang menyewakan unit mereka kepada pihak lain.
(a) Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap mereka?
(b) Berapakah jumlah bilangan unit rumah kos rendah yang didapati disewakan oleh pemilik mengikut daerah masa kini.
daripada ADUN: YB. DATO HAJI MOHD. SALLEH BIN MAN (0 paparan)Lihat
Penyata Rasmi
* Kata Kunci akan digunakan untuk carian Soalan, Perkara, Jawapan dan Nama ADUN.
Ahli Kawasan Berapit (Encik Lau Chiek Tuan) bertanya kepada Ketua Menteri:
3. Sila beritahu bilangan permohonan bagi memperbaharui premium tanah perkampongan baru di Daerah Seberang Perai Tengah yang belum diluluskan? Mengapakah permohonan itu perlu mengambil masa begitu lama untuk diproses?
Ahli Kawasan Batu Lancang (Puan Chong Eng) bertanya kepada Ketua Menteri:
11. Senaraikan lokasi dan keluasan tanah kepunyaan MPPP, MPSP, PERDA, UDA, PDC dan Kerajaan Negeri.
Ahli Kawasan Berapit (Encik Lau Chiek Tuan) bertanya kepada Ketua Menteri:
15. Mengapakah Pihak Berkuasa Negeri tidak memberitahu kepada pemohon sebab-sebab permohonan ubah syarat kegunaan tanah ditolak?
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (Encik Lee Hack Teik) bertanya kepada Ketua Menteri:
55. Dalam master plan pembangunan masa depan Pulau Pinang, adakah rumah-rumah setinggan di sekitar kawasan Weld Quay dan di atas jeti-jeti akan ditempatkan semula dan apakah perancangan untuk kawasan ini?
Ahli Kawasan Sungai Dua (Y.B. Encik Jasmin bin Mohamed) bertanya kepada Ketua Menteri:
66. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil Kerajaan untuk mengekalkan tanah-tanah pertanian di negeri ini?