V. Ahli Kawasan Air Itam (Y.B. Encik Lye Siew Weng) bertanya kepada Ketua Menteri:
1. Mengenai janji Ketua Menteri untuk membina sebuah half-way house untuk menampung pesakit-pesakit yang mengidap sakit jiwa dan tiada rumah, bolehkah Y.A.B. Ketua Menteri memberitahu perkembangan projek itu setakat ini? Jika belum dilaksanakan, sila beri sebab-sebabnya. Adakah Kerajaan Negeri berpendapat bahawa projek ini tidak penting?
daripada ADUN: AHLI KAWASAN AIR ITAM(YB ENCIK LYE SIEW WENG) (0 paparan)Lihat
Huraikan strategi dan langkah-langkah kerajaan agar penempatan dan pampasan dilakukan sewajarnya apabila pindah berperintah dilaksanakan pemaju ke atas sesuatu kampong tradisional dan setinggannya agar hak asasi setinggan dan keharmonian sosial terpelihara dengan adil, misalnya Kampong Mutiara di Batu Feringghi.
CATATAN: PN MASAYU MOHON TN JAWAB SOALAN INI.
13.10.14
daripada ADUN: (0 paparan)Lihat
Huraikan pendapatan Kerajaan Negeri dari tahun 2008 sehingga 2013. Apakah sektor yang memberi pendapatan tertinggi?
daripada ADUN: (0 paparan)Lihat
Penyata Rasmi
* Kata Kunci akan digunakan untuk carian Soalan, Perkara, Jawapan dan Nama ADUN.
Ahli Kawasan Berapit (Encik Lau Chiek Tuan) bertanya kepada Ketua Menteri:
17. Nyatakan badan-badan kerajaan, agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan lain yang telah menyertai program bercucuk tanam untuk membantu memulihkan ekonomi negara? Sebutkan tahap pencapaian program tersebut.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (Dato’ Haji Ahmad bin Saad) bertanya kepada Ketua Menteri:
50. Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam program pengindahan kawasan lanskap di kawasan DUN Permatang Pasir. Berapakah jumlah yang diperuntukkan dan nyatakan kawasan-kawasan yang terlibat?
Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Dato’ Abdul Latiff b. Mirasa) bertanya kepada Ketua Menteri:
6. Sila nyatakan status penswastaan pengurusan pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bagi MPSP dan MPPP.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (Y.B. Encik Mohd. Hamdan bin Abd. Rahman) bertanya kepada Ketua Menteri:
6. Berikan penjelasan secara terperinci mengenai peruntukan pembangunan yang disalurkan kepada Wakil Rakyat dan dalam bentuk apakah peruntukan tersebut dibuat dan adakah ianya juga meliputi Wakil Rakyat daripada kalangan parti pembangkang.
Ketua Menteri:
Soalan ini dijawab bersama dengan soalan No. 2 Y.B. ADUN Penanti
6. Kerajaan Negeri tiada menyediakan peruntukan khas kepada Ahli Yang Berhormat (ADUN) sebaliknya peruntukan yang disediakan ialah bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN). Peruntukan bagi setiap KADUN adalah seperti berikut:
P17 – 02 ( Pembangunan) - RM 60,000.00
P17 – 03 (Bekalan) - RM 80,000.00
_________________________________________________
JUMLAH - RM 140,000.00
Peruntukan KADUN ini diagihkan di atas budi bicara kerajaan negeri dan diuruskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah.
Kedua-dua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah memperuntukkan sejumlah RM300,000.00 bagi setiap KADUN untuk Projek Infrastruktur dan Kemudahan Awam bagi tahun 1998 dan 1999.
MPPP dan MPSP juga mengadakan peruntukan bagi Kempen Kebersihan dan Anti-Nyamuk sebanyak RM200,000.00 setiap KADUN pada tahun 1999.
Tiada peruntukan disediakan oleh Kerajaan Negeri atau MPPP dan MPSP untuk Ahli Parlimen.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (Y.B. Dato’ Liang Thau Sang) bertanya kepada Ketua Menteri:
16. Apakah program/aktiviti/kegiatan/majlis yang berkaitan dengan kebajikan dan masyarakat dianjurkan atau diadakan oleh pihak Kerajaan Negeri di KADUN Bukit Tengah?