Ahli Kawasan Datok Keramat (Y.B. Encik Lim Boo Chang) bertanya kepada Ketua Menteri:
10. Adakah kajian komprehensif dijalankan bagi sistem pengangkutan di Pulau Pinang? Jika ada, sila berikan nama-nama perunding, kos yang terlibat dan nyatakan sama ada kajian tersebut akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?
daripada ADUN: AHLI KAWASAN DATOK KERAMAT(YB LIM BOO CHANG) (0 paparan)Lihat
Berapakah kampung-kampung Melayu yang perlu dipindahkan akibat daripada pembangunan di Pulau Pinang sejak tahun 2009 sehingga sekarang?
(a) Apakah dasar Kerajaan Negeri mengenai masalah ini?
(b) Adakah Kerajaan Negeri mengenalpasti kampung-kampung tradisional yang ada yang perlu dipelihara dan diwartakan sebagai kampung-kampung warisan dan jika ada sila senaraikan.
CATATAN : PN MASAYU MOHON TN JAWAB SOALAN INI.
13.10.14
daripada ADUN: (1 paparan)Lihat
Huraikan strategi dan langkah-langkah kerajaan agar penempatan dan pampasan dilakukan sewajarnya apabila pindah berperintah dilaksanakan pemaju ke atas sesuatu kampong tradisional dan setinggannya agar hak asasi setinggan dan keharmonian sosial terpelihara dengan adil, misalnya Kampong Mutiara di Batu Feringghi.
CATATAN: PN MASAYU MOHON TN JAWAB SOALAN INI.
13.10.14
daripada ADUN: (2 paparan)Lihat
Penyata Rasmi
* Kata Kunci akan digunakan untuk carian Soalan, Perkara, Jawapan dan Nama ADUN.
X. Ahli Kawasan Bertam (Encik Hilmi bin Haji Abdul Rashid) bertanya kepada Ketua Menteri:
1. Berkaitan dengan Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang (PBA), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP):
( a) Berapakah bilangan dan di manakah lokasi tanah Pihak Berkuasa/ Majlis yang dimajukan secara persendirian dan usahasama daripada 1992 hingga 1998?
( b) Apakah nama dan alamat pemaju usahasama bagi tanah tersebut?
( c) Berapakah hasil yang diperolehi oleh Pihakberkuasa/ Majlis berkenaan daripada pembangunan tanah tersebut dari segi harga jualan atau sewa?
Ahli Kawasan Penanti (Tuan Haji Daud bin Taha) bertanya kepada Ketua Menteri:
15. Pembinaan Kompleks Pejabat Daerah seperti di Kepala Batas dan di Bukit Mertajam perlu mendapat kepujian. Bilakah kompleks sedemikian di bina di daerah lain?
Ahli Kawasan Penanti (Tuan Haji Daud bin Taha) bertanya kepada Ketua Menteri:
16. Apakah ada rancangan kerajaan membina kompleks Jabatan Agama Islam di setiap daerah? Jika ada, bilakah ia akan dibina dan sebutkan lokasinya?
Ahli Kawasan Batu Lancang (Puan Chong Eng) bertanya kepada Ketua Menteri:
7. Bagi tahun 1998 dan 1999, apakah projek pembangunan dan pembinaan infrastruktur yang akan dilaksanakan di KADUN Batu Lancang, KADUN Kebun Bunga, KADUN Mak Mandin dan KADUN Teluk Bahang oleh Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang/Majlis Perbandaran Seberang Perai? Nyatakan projek-projek ini dan beri butiran mengenai jenis projek, anggaran perbelanjaan, lokasi dan bila ia akan dilaksanakan.
Ahli Kawasan Batu Lancang (Puan Chong Eng) bertanya kepada Ketua Menteri:
20. Senaraikan projek-projek pembangunan yang berada diparas 75 meter dan ke atas. Nyatakan lokasi, jenis pembangunan, pemajunya dan tarikh pelan diluluskan.