Ahli Kawasan Datok Keramat (Y.B. Encik Lim Boo Chang) bertanya kepada Ketua Menteri:
5. Apakah yang terjadi kepada tiga projek lebuhraya utama iaitu Lebuhraya Jelutong, Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang dan Jalan Lingkaran Luar Butterworth? Sila berikan laporan terperinci tentang kemajuan kerja dan bilakah ianya dijangka akan siap? Nyatakan juga masalah-masalah yang dihadapi dan sebab-sebab kelewatan projek disiapkan, jika ada.
daripada ADUN: AHLI KAWASAN DATOK KERAMAT (YB ENCIK LIM BOO CHANG) (2 paparan)Lihat
Berapakah jumlah kutipan yang telah dikutip setelah Kerajaan Negeri mula mengutip Levi Hotel pada tahun ini dan apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menggunakan duit tersebut bagi menaiktaraf sektor pelancongan. Sila nyatakan dengan teliti.
daripada ADUN: (0 paparan)Lihat
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi banjir di Pulau Pinang dan berapa banyak wang yang telah dibelanja oleh kerajaan.
daripada ADUN: (0 paparan)Lihat
Penyata Rasmi
* Kata Kunci akan digunakan untuk carian Soalan, Perkara, Jawapan dan Nama ADUN.
Adakah Kerajaan Negeri membuat perancangan untuk penempatan semula terlebih dahulu sebelum tindakan meroboh gerai diambil. Jika ada, apakah perancangan tersebut? Jika tidak ada, sila beri sebab-sebab.
Atas inisiatif kerajaan negeri, berapakah jumlah koperasi yang telah berjaya di wujudkan sejak tahun 2008 dan apakah kejayaan bagi setiap koperasi ini sehingga kini? Berapakah jumlah mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan berkaitan koperasi telah diadakan, pecahan mengikut tahun dan apakah program serta kejayaan yang telah dicapai oleh jawatankuasa ini?
Masalah kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat letak kereta kian bertambah buruk di kawasan Padang Tembak. Adakah pihak berkenaan mempunyai penyelesaian yang setimpal dan apakah langkah-langkah penyelesaian yang telah diambil?
Di KADUN Sungai Pinang, sila kemukakan maklumat terperinci tentang senarai nama pemegang TOL. Berapa lamakah tempoh masa yang diberikan, tempoh akan tamat dan keluasan tanah yang diberikan kepada pemegang TOL?