Ahli Kawasan Datok Keramat (Y.B. Encik Lim Boo Chang) bertanya kepada Ketua Menteri:
5. Apakah yang terjadi kepada tiga projek lebuhraya utama iaitu Lebuhraya Jelutong, Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang dan Jalan Lingkaran Luar Butterworth? Sila berikan laporan terperinci tentang kemajuan kerja dan bilakah ianya dijangka akan siap? Nyatakan juga masalah-masalah yang dihadapi dan sebab-sebab kelewatan projek disiapkan, jika ada.
daripada ADUN: AHLI KAWASAN DATOK KERAMAT (YB ENCIK LIM BOO CHANG) (2 paparan)Lihat
Berapakah jumlah kutipan yang telah dikutip setelah Kerajaan Negeri mula mengutip Levi Hotel pada tahun ini dan apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menggunakan duit tersebut bagi menaiktaraf sektor pelancongan. Sila nyatakan dengan teliti.
daripada ADUN: (0 paparan)Lihat
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi banjir di Pulau Pinang dan berapa banyak wang yang telah dibelanja oleh kerajaan.
daripada ADUN: (0 paparan)Lihat
Penyata Rasmi
* Kata Kunci akan digunakan untuk carian Soalan, Perkara, Jawapan dan Nama ADUN.
X. Ahli Kawasan Bertam (Encik Hilmi bin Haji Abdul Rashid) bertanya kepada Ketua Menteri:
1. Berkaitan dengan Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang (PBA), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP):
( a) Berapakah bilangan dan di manakah lokasi tanah Pihak Berkuasa/ Majlis yang dimajukan secara persendirian dan usahasama daripada 1992 hingga 1998?
( b) Apakah nama dan alamat pemaju usahasama bagi tanah tersebut?
( c) Berapakah hasil yang diperolehi oleh Pihakberkuasa/ Majlis berkenaan daripada pembangunan tanah tersebut dari segi harga jualan atau sewa?
Ahli Kawasan Penanti (Tuan Haji Daud bin Taha) bertanya kepada Ketua Menteri:
15. Pembinaan Kompleks Pejabat Daerah seperti di Kepala Batas dan di Bukit Mertajam perlu mendapat kepujian. Bilakah kompleks sedemikian di bina di daerah lain?
Ahli Kawasan Penanti (Tuan Haji Daud bin Taha) bertanya kepada Ketua Menteri:
16. Apakah ada rancangan kerajaan membina kompleks Jabatan Agama Islam di setiap daerah? Jika ada, bilakah ia akan dibina dan sebutkan lokasinya?
Ahli Kawasan Batu Lancang (Puan Chong Eng) bertanya kepada Ketua Menteri:
7. Bagi tahun 1998 dan 1999, apakah projek pembangunan dan pembinaan infrastruktur yang akan dilaksanakan di KADUN Batu Lancang, KADUN Kebun Bunga, KADUN Mak Mandin dan KADUN Teluk Bahang oleh Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang/Majlis Perbandaran Seberang Perai? Nyatakan projek-projek ini dan beri butiran mengenai jenis projek, anggaran perbelanjaan, lokasi dan bila ia akan dilaksanakan.
Ahli Kawasan Batu Lancang (Puan Chong Eng) bertanya kepada Ketua Menteri:
20. Senaraikan projek-projek pembangunan yang berada diparas 75 meter dan ke atas. Nyatakan lokasi, jenis pembangunan, pemajunya dan tarikh pelan diluluskan.